KiplePay Pacu Inisiatif Warong, Membolehkan Peniaga Kecil Beralih Ke Ekonomi Tanpa Tunai Dan Selamat Tanpa Sentuh

KiplePay Pacu Inisiatif Warong, Membolehkan Peniaga Kecil Beralih Ke Ekonomi Tanpa Tunai Dan Selamat Tanpa Sentuh

WarongKu

WarongKu, platform e-dagang yang baru dilancarkan, bertujuan untuk menggerakkan peniaga kecil ke arah perniagaan dalam talian bagi mewujudkan persekitaran perniagaan tanpa sentuh dan tanpa tunai. Platform ini dibangunkan di bawah inisiatif Transformasi Penjaja dan Peniaga Kecil Menerusi Pendigitalan yang digerakkan oleh SME Corp dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), serta dikendalikan oleh Idea Creative Technology Sdn Bhd (ICTSB) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Persatuan Penjaja Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM).

WarongKu menyasarkan seramai 25,000 peniaga kecil untuk memiliki terminal pembayaran sendiri dengan pilihan pembayaran tanpa tunai dan tanpa sentuh menjelang 2022. Setakat ini, seramai 3000 peniaga kecil telah dilengkapi dengan terminal pembayaran, dan akan diikuti dengan lagi 3500 peniaga kecil pada kumpulan yang berikutnya. Kerjasama yang meliputi seluruh negara ini akan membantu peniaga kecil seperti peniaga gerai, warong dan restoran untuk membawa perniagaan mereka ke dalam talian dengan menyediakan kedai dalam talian di laman web WarongKu dan seterusnya memulakan transaksi yang lancar bersama pelanggan dengan pilihan pembayaran tanpa tunai di gerai, warong dan restoran, yang dikuasakan oleh KiplePay.

Transaksi tanpa tunai dilakukan menerusi terminal dan gerbang pembayaran KiplePay, yang menyediakan kemudahan kepada pelanggan untuk membuat sebarang pembayaran dalam talian menggunakan penyedia e-dompet pilihan mereka, termasuk e-dompet KiplePay. Selain itu, apabila peniaga kecil mendaftar sebagai peniaga WarongKu, mereka akan secara automatik diberi Kiple MerchantID yang membolehkan mereka menerima pembayaran jualan dalam tempoh 2 hari, lebih cepat daripada jangka waktu kebiasaan.

Ketua Pegawai Eksekutif KiplePay Sdn Bhd, Tan Kay Yen

Ketua Pegawai Eksekutif KiplePay Sdn Bhd, Tan Kay Yen berkata bahawa KiplePay memahami akan situasi peniaga kecil dan cabaran yang mereka hadapi dalam pendigitalan, oleh itu syarikatnya memperkenalkan penyelesaian yang lancar serta mudah digunakan bagi mempercepatkan peralihan perniagaan mereka ke dalam talian. “Untuk berkembang maju dalam dunia pasca pandemik, banyak perniagaan meneroka secara aktif mengenai cara terbaik untuk mengguna pakai penyelesaian digital dalam keseluruhan perniagaan mereka supaya dapat memastikan kelangsungan perniagaan serta bergerak seiring dengan ekosistem yang semakin kompetitif. Justeru itu, pengenalan WarongKu bertujuan membantu perniagaan kecil memenuhi keperluan tersebut dan merupakan inisiatif yang hadir bersesuaian dengan waktunya pada bulan Ramadan ini.”

Platform WarongKu adalah rentetan daripada Warong Rider yang baru sahaja dilancarkan, iaitu satu alternatif bagi orang ramai untuk membeli makanan dari bazar Ramadan, di samping menguruskan bungkusan dan barangan lain yang diperlukan untuk penghantaran. Perniagaan yang kini menggunakan platform Warong Rider dihubungkan dengan rakan kongsi penghantaran untuk urusan logistik, urusan yang sering menjadi cabaran buat perniagaan kecil. Platform WarongKu dan Warong Rider adalah inisiatif daripada industri untuk membolehkan perniaga kecil mematuhi prosedur operasi standard (SOP) keselamatan dan memastikan mereka mengambil langkah berjaga-jaga yang sepatutnya untuk membataskan interaksi.

Ketua Pegawai Eksekutif Warong, Mohd Nadzri Kamarulzaman berpendapat bahawa apabila digitalisasi kini merupakan satu keperluan, penting bagi peniaga kecil mula memikirkan cara untuk memindahkan jenama dan perniagaan mereka dalam talian. “Kami memfokuskan khusus dalam menyokong peniaga kecil dan mikro; yang mana sebahagian besarnya menjalankan perniagaan dari rumah dan juga pasaran penjual kerana mereka dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang ini. Jalinan kerjasama dengan Green Packet Berhad, iaitu syarikat induk KiplePay Sdn Bhd, yang berpengalaman selama bertahun-tahun dalam bidang digital adalah langkah praktikal untuk memastikan komuniti perniagaan kecil mempunyai sokongan yang diperlukan bagi berkembang maju dalam landskap baharu ini. Bersama kita membantu mereka dalam membina jenama serta meningkatkan kebolehan perniagaan kecil untuk menyumbang dan bersaing dengan lebih baik dalam ekonomi digital Malaysia.”

Peniaga kecil yang berminat untuk menyertai inisiatif WarongKu boleh melayari dan mendaftar di www.warongqr.com untuk maklumat lanjut. Untuk maklumat lanjut mengenai Kiple, sila layari www.kiple.com.

Mengenai Kiple

Kiplepay Sdn Bhd, salah satu anak syarikat di bawah Green Packet Group adalah pengeluar instrumen pembayaran khusus yang diluluskan oleh BNM dan memperkasakan kiplePay, penyedia penyelesaian teknologi kewangan. kiplePay menyediakan penyelesaian digital yang komprehensif kepada sektor perusahaan, e-dagang, pendidikan dan harta tanah. Kami bekerja secara ekstensif dengan perniagaan untuk memahami cabaran serta keperluan mereka dalam menyediakan penyelesaian bersesuaian yang meningkatkan tawaran, platform serta kekuatan jenama mereka sedia ada.

kiplePay berusaha untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian ke arah kecekapan ekonomi dan kewangan yang lebih hebat meliputi seluruh negara dengan menawarkan penyelesaian digital khusus seperti ekosistem e-pembayaran dan perkhidmatan e-dompet yang akan membantu bukan sahaja perniagaan mahupun organisasi yang telah membangun tetapi juga memenuhi keperluan sektor serta projek atau badan berkaitan kerajaan yang kurang diberi perhatian.

Buat masa sekarang, Kiplepay Sdn Bhd merangkumi kipleBiz untuk penyelesaian menyeluruh e-pembayaran dalam perniagaan dan kiplePay untuk transaksi tanpa tunai. Untuk maklumat lanjut mengenai Kiple, sila layari www.kiple.com