WarungKu, platform e-dagang tempatan akan dilancar tidak lama lagi - MEDAC

WarungKu, platform e-dagang tempatan akan dilancar tidak lama lagi - MEDAC

WarongKu

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mewujudkan sebuah platform e-dagang sendiri untuk membantu meringankan kos ditanggung para usahawan yang menempatkan produk mereka di platform sedia ada.

Platform itu akan dipanggil WarungKu dan akan dilancar tidak lama lagi, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Jelas Wan Junaidi, inisiatif ini tercetus apabila menyedari banyak platform sedia ada ketika ini mengenakan caj sehingga 33 peratus dan 35 peratus, dan bebanan ini agak besar untuk ditanggung oleh para peniaga.

“Kalau dalam industri makanan, marjin keuntungannya antara 50 hingga 60 peratus dan boleh bertahan sehingga 20 peratus. Tapi dalam industri lain sedikit payah sebab jurang keuntungannya kecil.

“Akhirnya selepas melihat fakta-fakta ini, untuk membantu usahawan kita, kita mahu mewujudkan platform kita yang dipanggil WarungKu. Insya-Allah akan dilancar dalam masa terdekat,” jelas beliau.

WarungKu, platform e-dagang tempatan akan dilancar tidak lama lagi - MEDAC

Katanya lagi, inisiatif itu bukan setakat menyediakan tempat untuk para usahawan kecil dan sederhana terutamanya untuk menjual produk mereka, tetapi juga untuk para penghantar (rider) memandangkan jumlah mereka semakin bertambah saban hari dalam waktu pandemik ini.

“Mula-mula kita bantu mereka dengan RM2,000 untuk baiki kerosakan motosikal, kemudian siapa yang tiada motosikal tetapi mahu jadi ‘rider’ kita beri bantuan sehingga RM10,000 untuk beli motosikal dan kelengkapannya,” tambahnya.